Tuwaedaniya Meringing SPMC…
Sungai Golok , Narathiwat (31 Januari 2020): Date In South atau Digital Business and Trade Exhibition in South Thailand adalah Ekspo pertemuan antara rakan kongsi ekonomi dari tiga negara Thailand Malaysia dan Indonesia . Dan menghimpunkan usahawan-usahawan muda dari selatan Thai dan usahawan muda dari ASEAN.
Majlis dirasmikan oleh YB Nipon Boonyamanee Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand. Turut hadir YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Selain itu Setiausaha Agong Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan –SBPAC Laksamana Muda Somkiat Ponprayoon , En. Akkarat Leesen Gabenor Wilayah Narathiwat turut hadir ke majlis perasmian yang disaksikan lebih 500 orang peserta.
Terdapat 200 gerai jualan makanan dan pekaian termasuk produk OTOP dari selatan Thai dan Malaysia. Sebanyak 140 gerai dari selatan Thai dan 60 gerai dari Malaysia.
Ekspo bermula 31 Januari hingga 2 Februari 2020 di stadium Maharaj Majlis Perbandaran Sungai Golok sempadan Rantau Panjang, Kelantan.
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika berucap bahawa banyak tetamu dari luar Negara yang mencari produk hahal.
“jadi mereka mahu Malaysia membantu, kalu kita boleh membantu Jepun, sudah tentulah potensi Malaysia dan Thailand jauh lebih besar kerana kita mempunyai sejarah hubungan berjiran yang sangat lama” kata DATUK SERI SAIFUDDIN.
Kata Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia lagi bahawa usahawan Malaysia pernah mengambil bahagian antara bangsa barangan import dari seluruh dunia di bawa Chiang Hai.
“ saya juga bawa peniaga Malaysia pergi ke Sarayevo untuk mengambil bahagian Pesta Halal Sarayevo yang terbesar di Eropah , saya juga bawa peserta kita ke Afrika Selatan jadi kalau kita boleh bawa ke Afrika saya boleh bawa ke Eropah saya boleh bawa ke China saya juga boleh bawa peniaga Malaysia lebih ramai untuk datang ke Thailand negeri berjiran yang penting” ucapan yang memberi semangat kepada peniaga Malaysia dari Datuk Seri Saifuddin.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Nipon Boonyamanee ketika merasmikan Ekspo bahawa kerajaan Thailand akan berkerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam membangunkan kawasan sempadan Thailand Malaysia di 9 pintu masuk di Selatan Thai. Dan akan mengangkat taraf perdangangan sempadan dua hala pada tempoh masa terdekat.
“kerajaan menyokong usahawan dan peniaga untuk menjalankan perdangangan dengan Negara jiran khasnya dengan Malaysia yang mana hasil perdangangan sempadan Thai-Malaysia adalah sangat tinggi jika di bandingkan dengan sempadan-sempadan lain.” Kata Nipon.
Tambah beliau lagi bahawa jika tidak menyalahi undang-undang kerajaan akan melaksanakan kawasan bebas cukai di sempadan Sungai Golok kerana akan menambahkan value perdangangan kepada sempadan Thai-Malaysia.
NASFI SUKRI Pemilik REmpah Tradisi WAU yang mengambil bahagian dalam ekspo ini berkata bahawa rempah tradisi wau sudah hampir 40 tahun di jual di selatan Thai.
“Kita mulau sejak 1967 lagi ini merupakan jenerasi ketiga kita ada pasaran di Thailand dah dekat 40 tahun orang Thailand dah kenal rempah wau tradisi atau orang Thailand panggil rempah cap wau .. kita nak beri pendedahan dengan jenerasi baru dengan prodak yang baru kita bawa lebih baik dan kreatif. Kita pernah ke China dan dua kali dua tahun berturut dan kita akan ke Indonesia dan ke Brunei. Harapan kami ialah semoga rempah wau ini terus ada dikalangan rakyat Thailand dan kita harap bahawa rempah wau ini salah satu pilihan mereka” Kata usahawan muda dari Kelantan.
686 total views, 2 views today
More Stories
เลขาฯ รมต.ยุติธรรม ชี้ มหกรรมแก้หนี้ ปลดหนี้ สร้างวิถีแห่งความเป็นธรรม แก้ปัญหาหนี้สิน 242 ล้าน
เลขาธิการคณะกรรมการการอาชีวศึกษาเป็นประธานเปิดป้ายอาคารเรียนและอาคารปฏิบัติการ วิทยาลัยการอาชีพเบตง
เทศบาลเมืองปัตตานีจัดกิจกรรมสัปดาห์วิทยาศาสตร์และเทคโนโลยี ต่อยอดกิจกรรมการเรียนรู้ภายในศูนย์การเรียนรู้วิทยาศาสตร์ของอุทยานการเรียนรู้ปัตตานี