วันศุกร์ , พฤศจิกายน 15 2019
Breaking News
Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / ข่าวรอบวัน / Sheikul Islam Thailand Ziarah Mangsa Cedera Dan Ziarah Ahli Keluarga Yang Mati Di Wad Lamphya

Sheikul Islam Thailand Ziarah Mangsa Cedera Dan Ziarah Ahli Keluarga Yang Mati Di Wad Lamphya

Tuwaedaniya MERINGING …Report


09 November 2019 Yala Pada jam 10.30 pagi Aziz Pitakkhumpol Sheikul Islam Thailand dan rombongan yang terdiri daripada Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Songkla dan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Yala mengziarah ahli keluarga yang maut dalam serangan post kawalan keselamatan Kampong di Lamphya pada 5 Nov lepas yang meragut 15 nyawa sukarelawan dan lima lagi cedera.

Sebilan mengdian di simpang di Wad Lamphya untuk majlis keagamaan sebelum upacara membakar mengdian pada 12 Nov ini.

Aziz mendahulukan dengan ucap takziah dengan ahli keluarga sambil memberi semangat untuk sabar dan tekun dalam menempohi cabaran dan memberi sumbangan kewangan kepada ahli keluarga.

Beliau juga pergi ke rumah Samsami Samad yang meninggal dunia dalam kejadian yang sama.

Sebelum itu Aziz dan rombongan membuat lawatan ke hospital Yala untuk mengziarah lima orang mangsa yang cedera serta menghulur bantuan.

Thidarat Yodkaew 24 tahun yang kehilangan ayah berkata rasa berterima kasih kepada Sheikul Islam dan rombongan yang mana turun ke sini untuk memberi bantuan dan perihatin beliau terhadap ahli keluarga.

Semalam (8 Nov) Pejabat Sheikul Islam Thailand telah membuat surat pengumuman megutut insiden pembunuhan ke atas pos kawalan keselamatan kampong di Lamphya.

Dalam pengumuman Sheikul Islam mendahulukan perasaan dukacita kepada ahli keluarga yang terlibat. Dan merayu kepada semua rakyat mengguna hikmah dalam menyelesaikan masalah agar tidak menjadi mangsa oleh kumpulan yang melakukan keganasan serta minta kerjasama kerajaan dan badan kerajaan mempergiatkan dan mempercepatkan dalam membina keyakinan dan kefahaman kepada semua rakyat yang berlaianan agama.

/////////////////////////

 

About Oxegen

Check Also

ผู้ว่านราฯ ระบุ ส่งเรื่อง มท.1 ยุบ สภา อบจ.นราธิวาสแล้ว ย้ำเป็นไปตามขั้นตอนกฎหมาย

ทีมบูรพา  รายงา …

ใส่ความเห็น

อีเมลของคุณจะไม่แสดงให้คนอื่นเห็น ช่องที่ต้องการถูกทำเครื่องหมาย *