Pattani -02 Sep 2018 : Selepas mendapat kelonggaran undang-undang dari pemerintah junta untuk memberi laluan kepada semua parti politik untuk membuat persiapan dalam pilihan raya umum yang dijangka akan berlaku pada Febuari tahun 2019. Dalam persiapan tersebut terdapat parti-parti baharu ditubuhkan untuk bertanding dalam pilihara raya umum dalam tempoh terdepat selepas Thailand di perintah oleh kerajaan junta sejak 2015.
Tarikh 1 September 2018 menjadi tarikh keramat dan bersejarah kepada parti politik yang bertema “Pelbagai Warnawarni dan Bintang, Lambang Nilai Kebaikan Dan Bijak sana,Semua Etnik Keturunan Menjana Masyarakat Damai”.
Parti Prachachat atau nama Melayunya Parti UMMAH dirasmikan di Bangunan Kolej Pengajian Islam Antarabangsa , Universiti Songkla Nakharin Kampus Pattani semalam.
Majlis perasmian parti baharu ini dihadiri lebih 2,000 orang penyokong dan ahli jawatan kuasa parti.
Dalam perasmian parti yang berlambang warnawarni dan bintang sekaligus mengadakan mensyuarat parti kali pertama untuk memilih ketua parti, setiausaha agong parti, timbalan ketua parti, juru cakap parti , ketua kewangan parti dan ahli pentadbir parti.
Bulat suara 432 markah memilih mantan speaker parlimen YB Wan Muhammad Noor Matha diberi amanah menggalas tugas sebagai Ketua Parti. Dan manta Setiausaha Agong Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) Pol.Kol.Thavi Sodsong sebagai Setiausaha Agong Parti. Manakala mantan wakil rakyat wilayah Narathiwat YB Najmuddin Umar sebagai jurucakap parti.
Mesyuarat juga turut memilih timbalan ketua parti seramai tujuh orang terdiri daripada mereka yang berpangalaman dalam bidang politik, ahli akademik, pegawai bank , polis dan ahli peniagaan. Seperti Warawi Makudi mantan Presiden Bola Sepak Thailand , Arpin Utrasin manta timbalan Menteri Pendidikan, Left.Jen.Pol.Anurut Krisanakoraket manta timbalan ketua polis wilayah selatan Thai , Asst.Prof.Dr.Warawit Baru manta senator Pattani dan pensyarah di Universiti Songkla Nakharin Kampus Pattani dan lain-lain.
Terdapat sebilan perkara dalam Pengisytiharan Ideologi Politik salah satu daripadanya Parti Prachachat yakin kepelbagaian etnik keturunan agama bahasa adat istiadat dan fikiran adalah ciri umum masyarakat pelbagai budaya yang akan membawa kepada perubahan, berkongsi dan salin membantu oleh demikian Parti Prachachat akan menghapuskan sikap mendominasi, atau mengamalkan budaya yang tidak adil.
Kol.Pol.Thavi Sodsong Setiausaha Agong Parti berkata ketika berucap dalam majlis perasmian parti bahawa manusia mempunyai nilai hidup, ada marwah diri walau pun membezaan pandangan, agama , bahasa dan keturunan. Parti Prachachat bukan milik sesiapa dan mana-mana agama tetapi ia adalah milik semua rakyat yang berlainan etnik keturunan, agama, bahasa dan budaya.
“semua rakyat mempunyai hak kebabasan , persamaan dan mendapat perlindungan daripada kerajaan” kata Sec Agong Parti UMMAH.
Tambah beliau bahawa parti akan memansuhkan beberapa percaturan dan undang-undang yang tidak adil dan melangari hak-hak asasi kemanusiaan rakyat.
“undang yang dikuatkuasa dalam kerajaan junta yang tidak melalui sitem demokrasi harus di batalkan” tegas Thavi.
Ketua Parti UMMAH Wan Muhammad Noor Matha pula berkata sudah tiba masanya untuk kita semua mengubah nasib kita sendiri dengan kembali kepada demokrasi.
“Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu bangsa kecuali kita sendiri akan mengubahnya selama empat tahun di bawah pemerintah junta apa yang rakyat dapat ialah harga getah yang murah 4 kilogram 100 bath, harga barang yang naik mendadak rakyat hidup dalam kemiskinan dan parti Prachachat adalah parti yang ditubuhkan di Pattani ia memberi makna bahawa parti ini akan menyesaikan masalah tempatan kerana tiada orang yang lebih tahu masalah kita selain daripada kita” kata Ketua Parti UMMAH.
/////////////////////////////
Tuwaedaniya Meringing
1,564 total views, 4 views today
More Stories
การยางยะลาเพิ่มทักษะการกรีดยางอย่างถูกวิธี ให้กับเกษตรกรชาวสวนยาง ในการแข่งขันกรีดยางชิงแชมป์อำเภอเบตง
I SEE THE FUTURE อบจ.ปัตตานี มอบแว่นสายตาแด่น้อง แก้ปัญหาด้านสายตา สู่การพัฒนาด้านการศึกษาเพื่อคุณภาพชีวิตที่ดี
HARD เชื่อมสัมพันธ์ ไทย – มาเลย์ ช่วยเหลือด้านมนุษยธรรมและการบรรเทาภัยพิบัติ ร่วมจัดการแผนความร่วมมือด้านการศึกษา