Fahami erti kemerdekaan berdasarkan Islam
Oleh :Abdulsuko Dina
31 Ogos 2021 ,Selamat Hari Kemerdekaan dan Kebangsaan Malaysia 2021,Kami dari Patani/Selatan Thailand ucapkan .
Malaysia sudah mengharungi 64 tahun sebagai negara merdeka. 64 tahun lalu detik paling bersejarah berlaku di bumi Malaysia apabila laungan keramat MERDEKA dilaungkan. Kemerdekaan yang dikecapi tidaklah melalui jalan yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang hari ini nikmatnya dirasai segenap rakyat.
Sambutan Kemerdekaan pada waktu itu dimaknai dengan pembebasan Tanah Melayu daripada cengakaman penjajah yang telah menindas masyarakat setempat dalam pelbagai bentuk demi mengaut keuntungan kekayaan hasil bumi negara.
#Fahami erti kemerdekaan berdasarkan Islam
Firman Allah SWT: “Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan serta Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat: 13)
#Hakikat kemerdekaan bukan sekadar kebebasan daripada penjajahan sama ada bangsa, fikiran atau kebudayaan seperti difahami kebanyakan, sebaliknya menurut perspektif Islam, ia bermakna kebebasan manusia untuk dapat menikmati kehidupan sesuai fitrahnya yang menjadi sifat asasi manusia selaras matlamat sebenar penciptaannya oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (Al-Dzariyat: 56)
Manusia merdeka, hidup dalam keadaan fitrah, ketentuan dan pedoman penciptanya, sekali gus sesuai hak asasi sebagai manusia berakal waras dan bebas melaksanakan keyakinan dengan fitrah di bawah landasan perintah dan larangan Allah SWT. Malah hidup merdeka ialah hak asasi setiap penghuni alam semesta.
#Amat malang apabila umat Islam menguar-uarkan kemerdekaan negara sedangkan seluruh aspek kehidupan seperti pemikiran, pendidikan, ekonomi dan kebudayaan masih dikuasai idea Barat. Malah kehidupan jauh terpesong daripada aturan hakiki ditetapkan Allah SWT. Oleh itu, umat Islam wajib menyedari hakikat memedihkan itu dan berusaha menyelamatkan diri daripada kemelut meruncing.
Satu-satunya jalan keluar ialah kembali kepada pimpinan al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah yang menjadi tonggak utama kepada kemerdekaan sebenar serta kebangkitan semula umat Islam.
(https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/08/601603/fahami-erti-kemerdekaan-berdasarkan-islam)
7,781 total views, 6 views today
More Stories
คาด ปราโบโว ซูเบียนโต ผู้นำอินโดนีเซียคนใหม่สะท้อนประชาธิปไตยอินโดนีเซียก้าวหน้ามั่นคง ต่างจากประเทศไทยแม้เปลี่ยนการปกครอง ก่อน (2475)
4 ตัวละครหลักการเลือกตั้งมาเลเซียครั้งที่15 หลังยุบสภา
รอง มทภ.4 ตรวจเยี่ยมการปฏิบัติงานด้านกำลังพลและด้านการส่งกำลังบำรุงของหน่วยในพื้นที่ จชต. พร้อมทั้ง ติดตามความคืบหน้า การก่อสร้างฐานปฏิบัติการ กองร้อยชุดควบคุมป้องกันชายแดน ที่ 4