Tuan Dania Meringing
23 November 2019
Pattani
Selepas berlaku tembak balas membalas antara dua lelaki yang disyaki anggota BRN dengan pasukan bersenjata Thailand di Kg Kuala Tanjung Nongchik pada jam 7.30 malam 21 Nov lepas.
Kejadian tersebut berakhir pada jam 11 malam yang menyebabkan dua yang disyaki anggota BRN maut. Walau pun pihak berkuasa Thailand cuba berunding dengan dua lelaki tersebut supaya menyerah diri dengan meminta Imam masjid memanggil mereka keluar daripada rumah tersebut. Tatapi usaha pihak berkuasa gagal sehingga berlakunya tembak menembak sengit antara dua pihak.
.
Pada 22 November jam 1 petang Left.Jen.Pornsak Poonsawat Ketua Angkatan Tentera Bahagian Ke-4 bersama Left.Jen.Pol.Ronnasin Phusara Ketua Polis Bahagian Ke-9 dan pegawai-pegawai tinggi wilayah Pattani bersama dalam sidang media di Kem Tentera Infantry ke 46 di Nongchik Pattani.
Kata Left.Jen.Pornsak kepada media bahawa walau pun pihak berkuasa berusaha supaya mereka keluar dan menyerah diri tetapi mereka enggan dan melapakan tembakan kea rah pegawai terpaksa kami mengguna kekerasn terhadap mereka. Disebabkan mereka berdua adalah pimpinan gerakan bersenjata yang menyerang pos kawalan keselamatan kampong menyebabkan 15 orang maut dan lima lagi cedera.
“selepas memeriksa indentiti kedua yang maut adalah Matyakot Lateh 40 tahun mempunyai 12 waran tangkap dan seorang lagi ialah Sobree Lamsoh 28 tahun mempunyai 6 waran tangkap kedua-dua adalah ketua yang memimpin merancang dalam serang ke atas pos kawalan keselamatankampong di Lam Phya pada 5 Nov , mereka juga pernah menyerang pos kawalan keselamatan kampong di Pakaharang Pattani , mengebom masin ATM di hadepan universiti Fatoni dan menyemun kedai emas di Nathavi Songkla baru-baru ini” kata Left.Jen.Pornsak
Tambah Left.Jen.Pornsak kini tentera manahan Abdullah Tol Raja pemilik rumah yang memberi dua saspek bersembunyi sehingga berlaku pertempuran.
“Abdullah adalah seorang anggota BRN yang memberi bantuan dari segi logistic, memberi tempat perlindungan dan sokongan kepada BRN ..saya berpesang kepada ahli keluarga dan sesiapa yang memberi bantuan tempat tinggal kepada saspek akan di kena hukuman penjara dan denda” kata Left.Jen.Pornsak.
Left.Jen.Pol.Ronnasin Phusara Ketua Polis Bahagian Ke-9 pula berkata dua pucuk pistol yang ditemui berdekatan dengan dua mayat iaitu 9mm dan 11mm selepas memeriksa didapati kedua-dua pistol tersebut di guna dalam serangan pos kawalan keselamatan kampong I Lam Phya pada 5 Nov lepas.
“ kedua pucuk pistol tersebut pernah di guna dalam 14 kes sepanjang 10 tahun yang lepas yang menyebabkan ramai mati dan kehilangan harta benda” Kata Left.Jen.Pol.Ronnasin.
.
Jenazah kedua-dua anggota BRN ahli keluarga telah menuntut di hospital Nongchik dan telah ke bumikan sebagai “sahid”. Jenazah Sobree Lamsoh di ikuti dengan laungan takbir Allahuakbar sepanjang jenazah di usung dari rumah ke tanah perkuburan di Kg Pian Sabayoi wilayah Songkla.
1,306 total views, 6 views today
More Stories
ด่วน ! INC ออกแถลงการณ์ ต่อรัฐบาล ยกเลิกใช้ พรก.ฉุกเฉิน จังหวัดชายแดนภาคใต้ หนุนพูดคุยโต๊ะเจรจาสันติภาพ (มีคลิปแถลง)
แม่ทัพภาคที่ 4 พบปะผู้บริหารทางการศึกษาเอกชน,ผู้บริหารมูลนิธิตาดีกา แดนใต้ ร่วมหารือแก้ปัญหาพื้นที่เพื่อสันติสุข เน้นย้ำ ใกล้ถึงถึงเดือนศิลอด ขอทุกฝ่ายจับมือ “รอมฎอนสันติ” ไม่เกิดเหตุรุนแรง เดือนอันประเสริฐ
กลุ่มพลังมวลชน ผู้นำศาสนา นักเรียน นักศึกษา รวมกว่า 500 คน ”รวมพลังต่อต้านความรุนแรง” ทุกรูปแบบ หน้าแฟลตตำรวจนราธิวาสจุดเกิดเหตุบอมบ์