พฤศจิกายน 26, 2024

สื่อเพื่อสันติspmc

spmc สื่อเพื่อสันติ สรรค์สร้างสังคม

Jadikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Popular Dunia Bukan Sekadar Bahasa Di ASEAN

Jadikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Popular Dunia Bukan Sekadar Bahasa Di ASEAN

แชร์เลย

Pattani, Selatan Thailand

 

Jadikan Bahasa Melayu  Sebagai  Bahasa Popular Dunia Bukan Sekadar Bahasa Di ASEAN   -Dr.Maszlee

Dr.Maszlee Bin Malek Menteri Pendidikan Malaysia berucap dalam ucapan utama ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu/Indonesia ASEAN ke-4 di Universiti Fatoni di wilayah Pattani   pada 24  November 2018. Ia merupakan kesenambungan Seminar Memartabatkan Bahasa Melayu/Indonesia ASEAN kali pertama, kedua dan ketiga pada 2012,2014 dan 2016.

Seminar kali ini  betemakan “BAHASA MELAYU MENJAMBATANI KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK” Seminar tersebut  anjurkan oleh Universiti Fatoni dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia dan Universiti Muhammadiyah Surakata , Indonesia.

Seminar kali ini turut di hadiri lebih 250 orang peserta ahli cendikiawan Bahasa Melayu, pengkaji bahasa dan mahasiswa daripada tujuh buah Negara tersemasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Vietnam, Kampucha dan Thailand sebagai tuan rumah. Seminar juga berjaya menghasilkan 74 kertas kerja dari 30 buah universiti tempatan dan luar Negara.

Kata Dr.Maszlee bahawa beliau pernah datang ke wilayah Yala pada  tahun 1996  dahulu pada masa itu beliau sempat ziarah di tapak pembinaan sebuah Kuliah Islamiah Yala. Tetapi selepas 22 tahun Kuliah Islamiah Yala telah berubah rupa menjadi sebuah universiti swasta terbesar di selatan Thailand dengan nama Universit Fatoni.

Segala tamaddun ia bermula dengan impian. Pada tahun 90’an China merupakan Negara yang paling miskin banyak masalahnya. Pada hari ini China sudah berani mengatakan mereka akan menjadikan Negara yang paling berkuasa di dunia menggantikan Amerika Syarikat dan Eropah. Segalanya bermula dengan impian.

Kata Maszlee bahawa jadi tidak mustahil apa yang disebutkan oleh Wan Muhammad Nor Pengurusi Lembaga Majlis Pentadbiran  Universiti Fatoni bahawa Bahasa Melayu akan menjadi Bahasa Rasmi   ASEAN bermula disinilah puncanya. Ini adalah selaras dengan dasar Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia kerana ia adalah cita-cita kita di Malaysia baharu. Istana adalah memaian peranan penting dalam menggerakan segala aspek dalam sesebuah Negara  yang penuh peradaban.

Sekarang kita dapat lihat sekurang-kurangnya di Malaysia dan di Brunei juga sebagai contohnya dalam mendokong Bahasa Melayu tidak kurangnya dalam peranannya.  “kita melihat di universiti Fatoninya sendiri terdapatnya bangunan dan juga usaha yang dicurahkan oleh Istana Perlis demi untuk membantu perkembangan Bahasa Melayu itu sendiri” Kata Dr.Maszlee. Dalam ucapan utama beliau juga menyarangkan bahawa jika masyarakat Melayu di selatan ingin mengembangkan Bahasa Melayu mereka  ialah biasakan anak-anak dengan  kartun Upin  Epin .

“kami telah berjaya ke atas Negara Indonesia yang mana di Indonesia Uping dan Eping telah berjaya menjadikan ramai warga Indonesia bermula berbahasa Melayu Malaysia betul betul jadi belum terlambat bagi anak-anak masyarakat Melayu Patani untuk diperkenalkan dengan kartun uping dan eping yang mungkin lebih dekat dengan budaya mereka  dan mungkin saya akan mencadangkan kepada mereka supaya memasukan satu lagi watak yaitu rakan mereka dari selatan Thailand yang datang mengikuti mak dan ayah mereka samada belajar ataupun bekerja” Saranan Dr.Maszlee.

Dalam mengerakan kerjasama   Menteri Pendidikan Malaysia akan mempertingkatkan lagi kerjasma dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan Universiti Fatoni dam juga mana-mana pihak dan universiti yang laian yang minat  untuk kita  mengadakan pertukaran pelajar dan pensyarah bahasa Melayu di universiti-universiti di Malaysia dengan selatan Thai  ”

 

Tuwaedaniya MERINGING

 

 

 1,924 total views,  6 views today

You may have missed