พฤศจิกายน 27, 2024

สื่อเพื่อสันติspmc

spmc สื่อเพื่อสันติ สรรค์สร้างสังคม

PENDUDUK PATTANI HULUR SUMBANGAN 700 RIBU BATH MELALUI MAJLIS AGAMA ISLAM PATTANI KEPADA MANGSA TSUNAMI DI INDONESIA

แชร์เลย

Tuwaedaniya Meringing

PATTANI: 31 Oktober 2018 di bilik mesyuarat MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PATTANI majlis penyerahan wang sumbangan kepada mangsa gempa bumi dan Tsunami di Palu , Sulawesi Tengah, Indonesia melalui Pak Samsu Rizal Pemangku Konsul Jeneral Indonesia di Songkla. Majlis penyerahan disampaikan oleh Cek Useng Cek Ubung Timbalan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Patani. Turut hadir Ahli Jawatan Kuasa Majlis Agama Islam Pattani.

Turut di baca adalah pengumuman Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pattani DR. HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAUD. Dalam isi kandungan pengumuman adalah seperti berikut KAMI DIATAS NAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PATTANI DAN SELURUH RAKYAT PATTANI SANGAT MERASA PRIHATIN DIATAS PERISTIWA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI YANG TELAH MELANDA KAWASAN DONGGALA, KOTA PALU, SULAWESI YANG MENYEBABKAN RAMAI KORBAN JIWA, CEDERA DAN KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL, DAN JUGA MENYEBABKAN KERUSAKAN PADA HARTA BENDA DAN SISTEM INFRASTRUKTUR

KAMI IKUT BERDUKACITA YANG MENDALAM TERHADAP PEMERINTAH DAN PENDUDUK INDONESIA KHUSUSNYA KEPADA KELUARGA YANG TERTIMPA MUSIBAH PADA KALI INI, SEHUBUNGAN DENGAN ITU PIHAK KAMI INGIN MENYALURKAN DANA BANTUAN HASIL PUNGUTAN DARI PARA IMAM, KHATIB, BILAL DAN AHLI JAWATANKUASA MASJID SELURUH WILAYAH PATTANI YANG BERJUMLAH 700,000 BAHT, KAMI BERHARAP BAHWA MUSIBAH KALI INI SEGERA BERAKHIR DAN DAPAT MEMBANGUN SEPERTI SEMULA

Pak Samsu pula mengucapkan terima kasih atas keikhlasan sumbangan kali ini sebelum ini kerajaan Thailand telah menghulur bantuan sebanyak 5 juta bath kepada kerajaan Indonesia.

“ dalam kejadian gempa bumi dan Tsunami pada 28 September lalu telah mengorbankan 2,250 orang dan 2,300 orang lagi masih hilang sebahagian mereka cedera, lebih 100 ribu penduduk tiada tempat tinggal , lebih 70 ribu kediaman rosak dan 230 tempat ibat musnah” kata Samsu.

 966 total views,  2 views today

You may have missed