Tentera Narathiwat Arah Tutup Semua Jeti Laluan Haram Di Sungai Golok-Malaysia Susulan Tiga Letupan Bom Semalam
Arahan tersebut susulan daripada tiga serangan bom terbaru di Sungai Golok, Narathiwat semalam. Sungai Golok yang di pilih sebagai pekan Segitiga Teguh Makmur dan Mampan oleh kerajaan Bangkok.
Kata Kol.. Paisal Nusang Penolong Ketua Tentera Wilayah Narathiwat bahawa Maj.Jen.Songpol Pankul Ketua Tentera Wilayah Narathiwat telah mengarah kepada semua pegawai tentera yang bertugas mempercepatkan dalam memburu saspek yang mengebom Sungai Golok semalam.
“ pihak tentera telah menguatkuasa menutup semua jeti laluang haram ini berdasar keselamatan Negara untuk menyekat mana-mana individu yang terlibat dengan kumpulan gerakan menyeludup bahan letupan dan benda haram dengan mengguna jeti haram tersebut” kata Kol.. Paisal kepada pemberita hari ini.
Jeti laluan haram yang di tutup sementara ialah Jeti Tharue, Jeti Jambu, Jeti Bereng, Jeti Thakopai, Jeti Cekka dan Jeti Hua Sapan.
Kini terdapat pegawai tentera Thailand memantau dan bertugas di ke enam jeti 24 jam dan tidak membenarkan rakyat Thailand dan Malaysia menyeberang sungai tersebut. Penduduk hanya boleh guna pintu keluar-masuk yang sah sahaja buat sementara ini.
Tuwaedaniya MERINGING
1,083 total views, 4 views today
More Stories
เลขาฯ รมต.ยุติธรรม ชี้ มหกรรมแก้หนี้ ปลดหนี้ สร้างวิถีแห่งความเป็นธรรม แก้ปัญหาหนี้สิน 242 ล้าน
เลขาธิการคณะกรรมการการอาชีวศึกษาเป็นประธานเปิดป้ายอาคารเรียนและอาคารปฏิบัติการ วิทยาลัยการอาชีพเบตง
เทศบาลเมืองปัตตานีจัดกิจกรรมสัปดาห์วิทยาศาสตร์และเทคโนโลยี ต่อยอดกิจกรรมการเรียนรู้ภายในศูนย์การเรียนรู้วิทยาศาสตร์ของอุทยานการเรียนรู้ปัตตานี