10 April 2018
Narathiwat
Tiada Rakyat Malaysia Cedera Dalam Letupan Bom Di Sungai Golok –Polis
Susulan daripada tiga letupan bom di pekan Sungai Golok, Narathiwat pada jam 6 petang semalam yang mencederakan
sekurang-kurang 13 orang awam walau bagaimana pun tiada rakyat Malaysia cedera.
Hasil pemeriksaan CCTV yang berada di sekeliling tempat kejadian didapati bahawa ketiga-tiga bom tersebut dipasang dalam motosikal dan enam orang saspek turut dikesan pihak berkuasa tempatan.
Kol.Pol.Prayuth Wongsanti Ketua Polis Daerah Sungai Golok berkata bom pertama di hadepan kedai hiburan karaoke “NINO KARAOKE” yang terletak di jalan Prachaviwat lorong 4.
Bom kedua di hadepan restoran Pichet Masakan Panas yang terletak di jalan Prachaviwat lorong 3.
Manakala bom ketiga pula di belakang hotel Plaza Sungai Golok.
Tambah Ketua polis pihaknya sedang menyiasat dan memburu keenam-enam orang lelaki yang terdapat dalam CCTV.
Manakala mangs cedera berusia dari 3 tahun hingga 53 tahun. Yang turut cededra ialah budak perempuan berusia 3 tahun.
Daripada statistic sejak 1 Januari 2018 hingga 9 April 65 kali berlaku tembakan, 23 kali letupan bom , 96 orang cedera dan 46 orang maut di wilayah-wilayah bergolak selatan Thailand.
—
Tuwaedaniya MERINGING…. SPMCNEWS
852 total views, 4 views today
More Stories
การยางยะลาเพิ่มทักษะการกรีดยางอย่างถูกวิธี ให้กับเกษตรกรชาวสวนยาง ในการแข่งขันกรีดยางชิงแชมป์อำเภอเบตง
I SEE THE FUTURE อบจ.ปัตตานี มอบแว่นสายตาแด่น้อง แก้ปัญหาด้านสายตา สู่การพัฒนาด้านการศึกษาเพื่อคุณภาพชีวิตที่ดี
HARD เชื่อมสัมพันธ์ ไทย – มาเลย์ ช่วยเหลือด้านมนุษยธรรมและการบรรเทาภัยพิบัติ ร่วมจัดการแผนความร่วมมือด้านการศึกษา