วันอังคาร , พฤษภาคม 22 2018
Breaking News
Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / การศึกษา / Sumbangan Pendidikan Kepada Masyarakat Islam Di Selatan Thailand

Sumbangan Pendidikan Kepada Masyarakat Islam Di Selatan Thailand

Pattani (10 Mac 2018) : YB Dato’ Seri Mohd Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Menteri Pelancongan dan Budaya merasmikan tiga bangunan sekolah yang di sumbang olehnya kepada sekolah agama Sasanasuksa , daerah Saiburi wilayah Pattani.

Ketika berucap Dato’ Seri berkata sejak 1975 beliau melawat wilayah selatan Thailand pada masa itu kedudukan sekolah pondak dan masjid sangat sederhana dan diketepikan.

Kini sudah 30 tahun lebih sekolah agama dan sekolah pondok telah berubah rupa. Di dua belah jalan raya dari Narathiwat sampai Pattani bangunan sekolah yang bersar indah berdiri tegak di kanan dan kiri jalan.

Ini adalah satu usaha yang telah mencapai kejayaan dan beliau rasa banggan dengan peningkatan pendidikan oleh anak-anak muda di wilayah ini.

Kini telah 28 bangunan sekolah dan masjid yang telah di bina oleh usaha Dato’Seri Mohd Nazri kepada masyarakat Islam sejak dari wilayah Narathiwat hingga ke wilayah Krabi.

Di Pattani sudah tiga buah sekolah yang di bantu beliau. Hari ini pulan tiga bangunan 3 tingkat dan 4 tingkat dirasmikan beliau di sekolah Sasanasuksa, Saiburi , Pattani yang mengguna bajet sebanyak 68 juta bath .
Bangunan pertama tiga tingkat di bina siap pada tahun 2005 sebanyak 15 bilik guna kos sebanyak 12 juta bath.
Bangunan kedua empat tingkat di bina siap pada tahun 2008 sebanyak 40 bilik guna kos sebantak 24 juta bath.
Manakala bangunan ketiga siap di bina pada tahun 2017 sebanyak 43 bilik guna kos sebanyak 26 juta bath.
Turut hadir dalam majlis perasmian kali ini ialah mantan Menteri Luar Thailand Kasit Pitrom, Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, timbalan gabenor wilayah Pattani dan pegawai-pegawai pendidikan di Pattani.

Tuan Dania Meringing /SPMCNEWS Thailand

 

About Oxegen

Check Also

ศอ.บต.สานสัมพันธ์บ้านพี่เมืองน้อง ต่อเนื่องร่วมบันทึก MOU ขยายตลาดสินค้าไทยสู่ตลาดจีนยูนนาน

( 22 พ.ค. 61 ) …

ใส่ความเห็น

อีเมลของคุณจะไม่แสดงให้คนอื่นเห็น ช่องที่ต้องการถูกทำเครื่องหมาย *