พฤศจิกายน 26, 2024

สื่อเพื่อสันติspmc

spmc สื่อเพื่อสันติ สรรค์สร้างสังคม

Tiada Anggota IS Di Selatan Thailand-Juru Cakap Tentera Bahagian ke-4

แชร์เลย

 

18 April 2018

Pattani

Tiada Anggota IS Di Selatan Thailand-Juru Cakap Tentera Bahagian ke-4

Kol.Pramoth Prom-in Juru Cakap Tentera Bahagian ke-4 menafi ada rakyat Thailand terlibat dengan IS susulan daripada pihak Malaysia keluar waran tangkap ke atas seorang warga Thailand. Individu yang dikehendaki pihak Malaysia ialah Awae Wae-Aya yang berasal dari daerah Jok Irong, Narathiwat disyaki anggota IS yang bergerak di Malaysia.

Dalam sidang media hari ini di Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri ke-4 (ISOC) Kem Sirinthorn, daerah Yarang, Pattani Kol. Pramoth berkata kepada media bahawa PM Jen Prayuth Chan-ocha dan Panglima Angkatan Tentera Darat Thailand telah menerima maklumat berkenaan dengan hal tersebut.

Dan telah mengarah Left.Jen.Piyawat Nakwanich Ketua Tentera Bahagian Ke-4 supaya pegawai perisikan dalam kawasan memeriksa maklumat identiti individu yang dikehendaki polis Malaysia.

Hasil daripada pemeriksaan secara mendalam didapati Awae tidak ada kaitan dengan IS tetapi dia suka menunjuk-nunjukkan supaya diakui dalam media social.

“perkara tersebut Letf.Jen.Piyawat telah meleporkan kepada panglima angkatan tentera darat, manakala pergerakan IS dalam kawasan selatan Thailand hasil perisikan pegawai tidak ada anggota IS mengguna selatan Thailand sebagai tapak mereka” kata Juru cakap.

Manakala tindakan yang diambil oleh pihak keselamatan tempatan dalam menyekat mana-mana anggota IS lari bersembunyi di selatan Thailand dengan memberikan penekanan pegawai mengetatkan kawalan pintu masuk sempadan khasnya di laluan haram serta mempertingkatkan perisikan.


Tuwaedaniya MERINGING

 

 832 total views,  15 views today

You may have missed