01 Mac 2018
Pattani
Lawatan tiga hari deligasi oleh 11 orang anggota Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Turki, Gambia, Pakistan, Oman, Bahrin dan Kuwet ke wilayah bergolak selatan Thailand (27 Feb-01 Mac). Ia mejadi satu harapan baharu untuk menyambung nafas baru kepada proses rundingan damai selatan Thailand yang genap 5 tahun semalam (28 Feb) yang mana Malaysia sebagai fasilitator.
Lawatan kali ini OIC meninjau sendiri situasi terkini serta usaha yang telah jalankan oleh kerajaan gajah putih dalam membangun kawasan bergolak dari segi pendidikan , ikonomi, dan keselamatan dalam kehidupan harian rakyat tempatan dan penyelasain konflik dengan cara damai.
Mr.Salih Mutlu Sen Duta Tetap OIC di Turki dan juga sebagai ketua deligasi berkata rasa kagum dengan kerajaan Thailand yang telah memebri layanan baik terhadap masyarakat Islam di Thailand secara umum dan khasnya masyakat Islam di selatan Thailand. Penyelesaian masalah perlu kepada kerjasama semua pihak dan OIC sedia memberi sokongan keawangan dan pembangunan pendidikan umat Islam di Thailand.
“OIC tentunya menyokong keyakinan kerajaan Thailand atau komuniti. Jadi sekarang Malaysia sedang memainkan peranan. OIC adalah dengan 56 negara membawa suara besar. OIC melalui setiausaha perwakilannya cuba beberapa mekanisme untuk menyokong jika kita diperlukan. Malaysia sudah menjadi anggota bermakna kami sudah mempunyai ahli dalam proses ini. OIC tidak pernah menolak apa-apa permintaan penyertaan dan apa-apa jenis bantuan” kata Mr.Salih Mutlu Sen.
Dan OIC sokong penuh usaha kerajaan Thailand dalam proses rundingan damai antara MARA PATANI dengan Thailand.
Dr. Hassan Abedin Pengarah Minoriti Muslim di Pejabat berkata OIC menyokong proses rundingan yang telah dijalankan oleh kerajaan dan kini ia mempunyai kemajuan serta menyeru semua pihak yang bertelingkah ke meja rundingan.
“Saya hanya inging ulangi pada kesempatan setiauusasa agung yang telah mengatakan kepada priminister sendiri waktu kami melawat secara rasmi setahun setengah yang telah lepas. Pada majlis itu kami menyuarakan langkah kami untuk memainkan peranan yang dilihat oleh kerajaan. Ini adalah proses untuk orang Thai untuk kejayaan mereka. Kami adalah pembantu yang menawarkan diri sebagai pembantu dan menyokong” Kata Dr. Hassan Abedin dan tambah beliau lagi;
“OIC nampak komitmen kerajaan Thailand dalam menyelesaikan masalah dan OIC akan menjadi satu suara kepada semua pihak yang bertelingkah untuk berunding supaya kedamaian lahir di selatan Thailand. Dalam proses Peace Talk ada fasilitator dan Malaysia adalah fasilitator dalam rundingan damai beberapa kali yang telah lepas dan pada rundingan damaian yang akan diadakan pada masa akan datang. Malaysia adalah anggota dan terletak di rantau ini berjiran dengan Thailand. Dalam hal ini OIC sangat-sangat perihatin ingin menyeru semua pihak yang mempunyai kepetingan bersama untuk ke meja rundingan supaya berbincang tentang masalah , kemahuan pihak masing-masing untuk mencari jalan keluar bersama untuk membina kedamaian atas kepelbagaian budaya, walau pun mempunyai perbezaan agama dan budaya” kata Dr. Hassan Abedin
Tuwaedaniya MERINGING SPMCNEWS PATTANI
1,668 total views, 6 views today
More Stories
เลขาฯ รมต.ยุติธรรม ชี้ มหกรรมแก้หนี้ ปลดหนี้ สร้างวิถีแห่งความเป็นธรรม แก้ปัญหาหนี้สิน 242 ล้าน
เลขาธิการคณะกรรมการการอาชีวศึกษาเป็นประธานเปิดป้ายอาคารเรียนและอาคารปฏิบัติการ วิทยาลัยการอาชีพเบตง
เทศบาลเมืองปัตตานีจัดกิจกรรมสัปดาห์วิทยาศาสตร์และเทคโนโลยี ต่อยอดกิจกรรมการเรียนรู้ภายในศูนย์การเรียนรู้วิทยาศาสตร์ของอุทยานการเรียนรู้ปัตตานี