วันอังคาร , พฤษภาคม 22 2018
Breaking News
Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / การเมือง / Lebih 3000 Orang Umat Islam Di Pattani Menunaikan Solat Hajat Untuk Al-Quds

Lebih 3000 Orang Umat Islam Di Pattani Menunaikan Solat Hajat Untuk Al-Quds

22 Disember 2017
Pattani
Lebih 3000 Orang Umat Islam Di Pattani Menunaikan Solat Hajat Untuk Al-Quds
SPMC NEWS


Pejabat Sheikhul Islam Thailand, Majlis Agama Islam Pusat dan Majlis Agama Islam seluruh Thailand mengadakan solat hajat dan bantahan terhadap Donald Trump mengenai pengiktirafan Al-Quds sebagai Ibu Kota Israel.

Dalam surat kenyataan Pejabat Sheikhul Islam Thailand telah mengarah kepada semua masjid di seluruh Thailand menunaikan solat hajat secara serentak pada hari Jumaat 22 Disember 2017.
Di wilayah Pattani 25 pertubuhan Muslim antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Majlis Pentadbiran Wilayah Pattani, Persatuan Imam Wilayah Pattani, Persatuan Sekolah Agama Sewasta Wilayah Pattani , Universiti Fathoni dan lain-lain turut hadir dalam majlis solat hajat yang di imamkan oleh Datuk Nik Dir Waba Mantan Datuk Qadi Wilayah Pattani.
Dalam surat penyataan pejabat Sheikul Islam Thailand turut menuntut seluruh Negara Islam supaya segera melaksanakan mengikut keputasan mesyuarat OIC dalam mesyuarat tergempa di Istanbul pada tarikh 13 Disember lepas.


Menuntut supaya anggota OIC segera menyatukan demi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan melindungi hak-hak rakyat Palastin sebagai ajenda penting setiap Negara anggota.
Kata Datuk Nik Dir Waba dalam kenyataan di hadepan masjid Jamek Pattani bahawa pengiktirafan Prisedn Amerika Syarikat Donald Trump adalah satu pencerohan Masjid Al-Aqsa dan ia boleh melahirkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.


“bagi umat Islam di Pattani dan Thailand kami membantah pengiktirafan tersebut dengan cara aman dan memohon doa kepada Ilahi supaya menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan rakyat Palastin amnya” kata bekas Qadi wilayah Pattani.
Turut hadir dalam solat hajat kali ini ialah Wae Deramae Mat Mingcik Yang Di Pertua Majlis Agama Islam wilayah Pattani, Syek Aljufri , Ketua Pentadbiran Wilayah Pattani.

Sebelum solat hajat ditunaikan ceramah berkenaan dengan peristiwa dan kekejaman zaionist turut di sampaikan oleh ahli panel tempatan.

Reporter by Tuwaedaniya meringing /SPMCNEWS PATTANI THAILAND

Photo by Muhammad rusdi /MCOT สำนักข่าวไทย

 

About Dsky

Check Also

ศอ.บต.สานสัมพันธ์บ้านพี่เมืองน้อง ต่อเนื่องร่วมบันทึก MOU ขยายตลาดสินค้าไทยสู่ตลาดจีนยูนนาน

( 22 พ.ค. 61 ) …

ใส่ความเห็น

อีเมลของคุณจะไม่แสดงให้คนอื่นเห็น ช่องที่ต้องการถูกทำเครื่องหมาย *